Followers .GuGu.GaGa.

Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Our Lil' Princess Second Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, February 14, 2016

(Hols) CNY Break Part IV

0 comments

Maybe ini last part untuk CNY Break 2012. Huhu. Cukuplah, mak dah penat. Penat nak upload gambar dan penat nak create story ~.- (banyak yang dah lupa dah nak cite apa?gagagaga)

Btw pulang ke kampung kali ini sungguh heaven. Walau tak dapat join family berkelah di Sekayu kerana kami masih di Cherating waktu itu. Sedih tapi apa akan daya percaturan percutian kami tersilap diatur oleh saya. Hahaha. Kesian husband. Dia belum pernah sampai Sekayu. Begitu juga saya, dah lama sangat tidak ke sana :( Family please lorh adakan lagi nanti. Please lorh (rayu)

Jadi, pulang kali ini best kerana pastinya kerana dapat makan masakan bonda tercinta. Kami disambut dengan Nasi Minyak Special Bonda. Eh macam ada kenduri kahwin dengan Nasi Minyak segala. Apa pun Nasi Minyak bonda terbaik!

Selain pada itu, yang bestnya, ewah saya bersempat lawat kedai bling-bling. Hehe. Eh you, bling-bling sedang murah harganya di Terengganu. Saya dapat RM165 per gram. Sedangkan time beli loket Eshal time balik Terengganu sebelum ini, RM175 per gram. Tak ke beza tu? So, everyone apa tunggu lagi? ishk!

Dan balik Terengganu juga tak sah kalau tak ke Pantai Batu Burok. Lagi-lagi sekarang ada anak mestilah nak bawa anak tengok pantai biarpun takdapat mandi pantai. Anak sudah cukup girang melihat rakan-rakan sebayanya berlari ke sini berlari ke sana di pantai.

Main bersama cousin, Adam. Seronok bukan kepalang.




Eshal dan kakak Jijie.

Menikmati panorama.


Tempat untuk dapatkan layang-layang yang mcam-macam pesyen. Angry Birds la, Princess la, Spiderman la dan macam-macam!

Bermain layang-layang.


Benda alah ini pun ada. Apa namanya? Hadoi makcik tak hengat. Apa-pun di sini sewanya lebih murah. Kalau tidak silap saya RM18-20 sahaja untuk beberapa round berbanding di Cherating tempoh hari, sewanya mencecah RM40. Terkezuz makcik.





Eshal tumpang eksen je. Huhu.


Juga Kereta Kuda Berhias. Cantik-cantik kereta kuda dihiaskan. RM5 seorang dewasa dan budak-budak macam Eshal free sahaja.


Tapi kami pun tak naik. Hahaha. Kata husband tunggu Eshal besar sikit dan mengerti erti menghargai. Yelah baba.
Last but not least, konon gambar manja-manja larh tuh. HEHE


Sebelum pulang ke 'sangkar', melihat sunset di Pantai Batu Burok.

Terdapat lagi gambar-gambar Eshal main playground untuk pertama kalinya. Sungguh dia gembira. Maybe itu, I adakan new entry (kalau saya rajin n_____n)

# Semoga roh Pok Man, warga emas di kampung dan Tok Su Wan Sembok (sepupu abah) yang telah pulang ke rahmatullah ketika kami di sana tempoh hari di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



Arigato Gozaimas.Kalau awak cun atau handsome,clicklah button like.

Wednesday, February 15, 2012

(WW) Preview 4th Anniversary Vacation

2 comments

Arigato Gozaimas.Kalau awak cun atau handsome,clicklah button like.

Tuesday, February 14, 2012

Semuanya Secara Berjemaah

0 comments
Assalamualaikum wbt

Sejak Eshal tinggal satu keluarga satu rumah hidup Eshal lebih heaven. Kerana, segalanya keluarga Eshal lakukan secara berjemaah. Tak macam dulu, selang sehari baru dapat lakukan secara berjemaah. Itupun tengok keadaan mommy dan baba Eshal. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Itu sebab Eshal cakap heaven ;)

Tahu apa yang berjemaahnya? Semuanya.

Makan pastinya selesai saja mommy masak, selalunya before solat maghrib, keluarga berjemaah makan ;)



Eshal di kerusi Eshal begitu juga baba dan mommy.

Solat juga secara berjemaah.



Mommy dengan telekung baru pemberian mama Long. Terima kasih. Comey. Mommy Eshal suka ;-)


Selalunya waktu maghrib dan isyak keluarga Eshal berjemaah. Waktu solat Zohor dan asar di hari minggu sahaja bila kami tidak ke mana-mana. Mungkin selepas ini keluarga Eshal akan lebih kerap di rumah. Tidak lagi seperti dulu, weekend je mesti ke Shah Alam atau dalam kata erti yang sama bila ke Shah Alam mesti weekend. Faham maksud Eshal?



Menonton juga berjemaah. Secara tak langsung Eshal jadi penggemar TV seperti baba bukan seperti mommy kerana mommy pastinya kurang minat TV :)

Eshal senang dengan keadaan keluarga Eshal sekarang. Hari-hari dapat jumpa baba. Hari-hari semuanya secara berjemaah. Terima kasih ALLAH (tadah tangan dan aminkan ke muka)

Wassalam.

Entry daripada Eshal Khadeeja, 16 bulan 2 minggu tua.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Arigato Gozaimas.Kalau awak cun atau handsome,clicklah button like.

(Hols) CNY Break Part III

0 comments
Check out awal pagi, lebih kurang jam 9:00 pagi. Terus ke Hai Peng Kemaman untuk breakfast secawan kopi bersama Roti Bakar Kaya. Tak jauh. Setengah jam perjalanan dari Legend Resort yang kami inap. Rugi kalau tak singggah. Kopinya sungguh pekat dan lazat. Kami cintakannya. Lagi-lagi husband. Setiap kali balik ke Terengganu pastinya husband memasang niat untuk belanja wifey and dotter di Hai Peng.


Kopi O pekat :)


Dipadukan dengan Roti Burn Kaya. Lazat.


Dua biji telur separuh masak ini pasti.



Eshal menikmati Nasi Lemak Ikan Aye. Sedap makannya, lihat nasi sampai ke dagu :D


Penuh mulut *o*

Pada mulanya kami ke sana dengan langkah tawakaluallah. Yelah CNY, kami fikir mungkin kedai tutup tapi sangkaan kami meleset. Rupanya kedainya penuh dengan manusia. Siap kena tunggu tempat lagi. Menurut mereka Hai Peng meraikan apa sahaja perayaan dan cuti di kedai. That's mean mereka beroperasi setiap hari. Tiada istilah tutup. Wah kagum dengan biznes orang cina nih. Patutlah mereka kaya raya. HUHU


Lihat, berpusu-pusu orang :D


Biasa, makan dengan anak dara ini sorang kucar-kacir dibuatnya. Tapi mujur kali ini Eshal nak makan. Banyak juga dia suapkan nasi lemak ke mulutnya. Sebelum itu, i kacau babanya.



Macam dia kuat sangat. Taknak kalah kamu ye Eshal.

Tak lama kami di situ, makan gaya gelojoh then bergegas pula pulang ke kampung halaman ayahbonda. Tak sabarrrr....

Continue ...









Arigato Gozaimas.Kalau awak cun atau handsome,clicklah button like.

(STICKY) Khadeeja Mohon "Like" Auntie Uncle

0 comments

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Mommy Khadeeja ni ha, apa kena entah? Tak pernah-pernah masuk contest lagi-lagi contest yang perlu meraih simpati orang ramai untuk pungut LIKE terpaling banyak untuk win. Tiba-tiba dalam sibuk tu urus itu ini keperihalan pindah randah sempat lagi Mommy Khadeeja masuk contest anjuran Najwa Mall dengan mempertaruhkan gambar Khadeeja yang anggun jelita sebagai muslimah sejati ala-ala anak cina muslim dengan siap name tag KHADEEJA lagi (rujuk gambarajah di bawah)


So apa lagi, di sini Khadeeja nak mohon support auntie/uncle yang anggun dan kacak di luar sana untuk vote Khadeeja yang tak tahu apa-apa ni. Boleh ker dengan hanya 2 step mudah ini:



Itu sahaja.

Jutaan terima kasih Khadeeja dahulukan kepada auntie/uncle yang anggun dan kacak di luar sana kerana simpati akan Khadeeja.

Salam sayang, ikhlas daripada Khadeeja.

Last but not least, wo ai ni :X


Arigato Gozaimas.Kalau awak cun atau handsome,clicklah button like.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails